dari lidah si Hadi

Friday, June 09, 2006

Jason Vorhees bangkit kembali dari tidur

Jason Vorhees 2006

Segala penantian sudah berhasil dan segala persoalan mula terlerai.
Setelah hampir 2 tahun menyepikan diri, membunuh segala aktiviti bermain muzik dan penuh dengan persoalan, akhirnya semua ahli Jason Vorhees kembali hidup dan menghembuskan semula nafas lama dengan semangat yang baru. Kali ini lebih teguh dan bebas. Telah kami lupakan segala ketakutan dan kekecewaan yang pernah berkulat di hati dan sanubari kami. Atas nama jalinan persahabatan dan darah jiwa hardcore muda, kami bersetuju dan bertindak untuk meneruskan perjalanan kasar Jason Vorhees. Biar tempang, biar bertongkat, biar dicemuh, dimaki, itu semua tidak menjadi masalah. Cuma kami masih mencari pengganti yang paling sajak untuk posisi bass. Semoga kembalinya Jason Vorhees menceriakan kembali hidupku. Terima kasih semua. Aku akan kembali melompat sambil menjerit kebebasan.

Hafiz - Gitar


Firdaus - Dram


Hadi - Vokal

3 Comments:

  • bila nk klua EP nii?

    By Blogger nikman, at 9:28 AM  

  • yeahh ... im lovin it

    By Blogger Ahmad Khairi Anuar, at 4:27 AM  

  • Bob, wa tak sangka yang kita akan bangkit semula seghairah ini. Wa harap takkan ada halangan yang akan datang lagi... JV Ruls!!!

    By Anonymous Anonymous, at 3:01 PM  

Post a Comment

<< Home