dari lidah si Hadi

Tuesday, July 11, 2006

8/6/2008 - satu hari yang rancak..

Pagi- 06.45am
Lepas solat Subuh, Aku dan Amir baru nak melabuhkan tirai mata. Sepanjang malam kami hanya bertepek dalam kamar sakti Daus. Berbual kosong dan separa ilmiah,rancak bercerita tentang hidup, mati, jiwa, akal, masa hadapan, kasih, kekasih, kelakar, kerja, belajar dan adakalanya mengumpat berterus-terusan. Diteruskan pula dengan menonton filem-filem komedi ekstrim, dan mengunyah kuaci Daus sehingga kering mulut. Setelah usai subuh, baru kami mengerti untuk mencari tempat berlabuh.

Awal tengahari- 11.30am
"Apa plan??" Aku kata.
"Jap, aku kontek Kadak, dia kata dia nak datang.." Amir jawab.
"Oi.. aku nak datang ni, tunggu dulu.. kita makan sekali tau!!" jawab Kadak melalui telefon.

Akhir tengahari- 1.45pm
"Oi mana ko ni? Orang dah lapar ni!" bebel si Amir.
"aku dah sampai kat bawah dah laa." jawab Kadak, tesengih manja.
"Apa plan??" Aku kata.
Lalu Kadak membentangkan secara rapi rancangannya untuk pasukan kami pada hari itu..

1- naik kereta Amir, pergi BB beli gitar
2- nak tengok handphone kat Mine's
3- Jamming (Jason Vorhees reborn)
4- apa-apahal, makan dulu.

Setelah rancak berbincang, Aku, Amir dan Kadak telah mengukir rancangan baru kerana ada ketidaksesuaian. Tetapi kami telah bersepakat untuk ponteng kerja malam itu. Ternyata, sepakat membawa berkat. Rancangan baru:

1- makan
2- pergi rumah Kadak
3- mandi kolam di rumah Kadak
4- pergi Mine's, untuk menukar beli telefon Amir
5- balik Gombak, ambil Daus
6- Jamming (Jason Vorhees reborn)
7- lepak Anandur

Lewat malam- 3.00am
Habis melaksanakan segala rancangan yang telah dimeterai di atas,dan sedia untuk membayar harga makanan di Anandur, tiba-tiba Daus bersuara "Jom rayau-rayau!". "Boleh, tapi minyak torek" balas Amir. Semua seperti dipukau, bersetuju.. HAHAHAHA.

Lewat-lewat malam- 4.35am
ketika berseronok dalam perjalanan pulang ke Gombak, "Oi apa tu??" Daus terjerit. "Mak aih.. van eksiden siyut".
Sebuah van rusa terbakar setelah merempuh tiang lampu dan pembahagi jalan di sebuah lebuhraya dari Ampang menuju ke Cheras. Kami pun apa lagi, berhenti, melihat tempat kejadian, merakam gambar dan video, beraksi seperti pemberita... memang kelakar.. "BOOM!" Letupan kedengaran.. memang menakutkan.. tapi seketika sahaja.. kami meneruskan kerja kami.

Awal pagi- 5.30am
Pulanglah kami ke Gombak

Friday, June 09, 2006

Jason Vorhees bangkit kembali dari tidur

Jason Vorhees 2006

Segala penantian sudah berhasil dan segala persoalan mula terlerai.
Setelah hampir 2 tahun menyepikan diri, membunuh segala aktiviti bermain muzik dan penuh dengan persoalan, akhirnya semua ahli Jason Vorhees kembali hidup dan menghembuskan semula nafas lama dengan semangat yang baru. Kali ini lebih teguh dan bebas. Telah kami lupakan segala ketakutan dan kekecewaan yang pernah berkulat di hati dan sanubari kami. Atas nama jalinan persahabatan dan darah jiwa hardcore muda, kami bersetuju dan bertindak untuk meneruskan perjalanan kasar Jason Vorhees. Biar tempang, biar bertongkat, biar dicemuh, dimaki, itu semua tidak menjadi masalah. Cuma kami masih mencari pengganti yang paling sajak untuk posisi bass. Semoga kembalinya Jason Vorhees menceriakan kembali hidupku. Terima kasih semua. Aku akan kembali melompat sambil menjerit kebebasan.

Hafiz - Gitar


Firdaus - Dram


Hadi - Vokal

Friday, June 02, 2006

Akal vs Jiwa?


akal VS jiwa
itu yang sering berlegar
dan bermain dalam diriku
akal kata lain
jiwa kata lain
akal kata lurus
jiwa kata songsang
akal kata tenang
jiwa kata kacau
akal kata ikut
jiwa kata lawan
pening.. kusut.. letih..
mengeluh.. semua ada
bercampur gaul.. hampir basi!
harap takkan sesat
walau dalam kesesatan
yang aku perlukan
satu erti ketenangan
buat detik dan rentak ini
aku bosan dengan keluhan
keluhan yang datang dariku sendiri
mengeluh.. jadi lemah..
tak hardcore la brader!!!

hari.. bulan.. bintang.. zodiak.. horoskop..???



ramalan bintang? horoskop?

perkara-perkara seperti itu selalu menjadi bahan unutk melariskan majalah bukan sahaja ditujukan kepada remaja, malah juga golongan dewasa dan juga professional. Adakah benda itu benar atau tidak? Terdapatkah fakta-fakta dari agama mahupun sains, atau alasan yang munasabah untuk menyokong kesahihan ramalan horoskop? Entahlah.. tetapi kadangkala seronok juga membacanya. Termasuklah aku. Seperti kata seorang sahabatku, kadangkala terdapat juga sindrom kebetulan. Ya.. adakah kebetulan? mungkin..

disini terdapat sedikit ramalan mengenai hidup aku yang dipetik dari sebuah laman web Indonesia yang menggamit perhatianku.. ( www.primbon.com ) Anda yang kenal dengan diri aku ini, cubalah nilaikan sendiri kesahihannya.

Menurut Zodiak...

Virgo - Gadis(24 Agustus - 22 September)

Praktis, Analistis, Kritis, Berkepala Dingin Dan Logis, Rajin, Sederhana

Nomor Keberuntungan: 4, 7, 16, 25, 31, 43
Aroma Keberuntungan: Kayu Oak, Lemon, Madu, Pohon Saru, Adas
Planet Yang Mengitari: Merkurius
Bunga Keberuntungan: Bunga Lavender, Bunga Azalea
Warna Keberuntungan: Biru Laut, Abu-Abu, Kuning Mustard
Batu Keberuntungan: Batu Topaz
Elemen Keberuntungan: Tanah
Pasangan Serasi: Pisces

Virgo adalah penganalisa dan pengurus organisasi yang andal. Mereka ingin segala sesuatunya dikerjakan dengan sempurna, dan selalu mendapatkan perhatian dari sekelilingnya karena kesempurnaan dan keefisienannya. Mereka pandai dalam hal mengkritik hasil kerja orang lain. Para virgo mengagumi perkembangan teknologi dan sangat gemar masakan yang lezat. Namun demikian mereka tidak lupa untuk berdiet. Ketangkasan mereka dan kemampuan mengkoordinasi melebihi rata-rata. Sikapnya penuh emosi, namun terkadang baik. Virgo selalu tampil rapi, bersih dan prima. Mereka memiliki cita rasa tinggi namun konservatif. Virgo pandai mengatur orang lain namun begitu ia tidak suka bersikap sombong terhadap orang lain. Mereka berakal panjang, menyelesaikan masalah dengan cepat. Para virgo sangat perfeksionis dan ini membuat orang disekitarnya tidak nyaman. Jika segala sesuatunya tidak berjalan seperti yang diinginkan, ia akan marah. Namun demikian mereka selalu bersedia menolong orang lain.

Asmara para Virgo: Para virgo senang menjalin kasih dengan orang yang dianggapnya membawa banyak keuntungan bagi dirinya. Mereka perlu jaminan dari pasangannya bahwa pasangannya akan bekerja sama giatnya dengan virgo. Mereka memiliki rasa ingin tahu yang besar menyangkut cinta dan sex, dan selalu bereksperimen sebelum membuat ikatan. Sebelum menentukan pasangan, virgo harus yakin betul bahwa pasangannya dapat memenuhi segala kebutuhannya secara profesional. Dia lebih suka hidup sendiri daripada tinggal dengan orang yang tidak sesuai dengan hatinya.

Menurut Hari...

Hari Jumaat:Disukai orang banyak, kuat mental, suka menolong, suka memberi nasehat yang baik dan suka mempelajari ilmu pengetahuan

Menurut Bulan...

Bulan September
Wataknya:

- Mudah tersinggung dan cepat naik darah
- Baik hati dan jujur
- Bisa menyimpan rahasia
- Suka berfoya-foya
- Pandai menyimpan uang namun tidak pelit
- Suka menolong sesama dan pandai mendidik anak

Menurut Aku...

HAHAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHA!!!!!!!!!HAHAHHAHAHAHAHAA!!!!!!


Tuesday, May 30, 2006

mengapa mesin setiaku?


Aduh.. komputer kesayanganku mula membuat hal lagi.. kali ini lebih sengsara dan pedih. 'power supply'nya sudah rosak. Sudah tidak boleh dihidupkan atau diselamatkan langsung. Arghh.. duit lagi..!

Selalunya komputer inilah menjadi teman akrabku. Dengannya lah aku berhibur, membuat kerja, merangka kata, mengulas idea, mencari realiti, membaca, mendengar muzik, mengukir grafik, menonton filem, bermain, magik, sakti, kagum..

Dengan komputer usang ini jugalah aku berkongsi rahsia, pelbagai rahsia, berkongsi khazanah, berkongsi cerita dan juga berkongsi jiwa. Walaupun aku mengerti bahawa komputer ini hanyalah satu objek dungu yang tiada nyawa apatah lagi jiwa.

Tapi sekarang kau dah mati, seperti bosan atau enggan bersahabat denganku lagi. Aku akur.. tiada benda yang kekal, aku sangkakan kau adalah satu mesin yang gagah dan kebal suatu masa dahulu.. dan sekali lagi.. tiada yang kekal.. hanya 'power supply' baru yang boleh menghidupkan kau kembali.. itu pun untuk waktu yang sementara sahaja.. tunggulah.. wahai mesin yang setia.

Monday, May 29, 2006

Sajak - Pancing Undi



Dengan diringi sekalian para juak-juak,
Yang berhormat itu memasuki sebuah
perkampungan orang-orang asli.
Mereka menaiki jip pajero.
Segala kemudahan telah kamu perolehi,
air paip, api elektrik dan jalan bertar sudah diberi
"apa lagi yang kamu mahu?"
tanya yang berhormat yang tengah syok berkempen.
"kami mahu jip!" jawab tok batin
"kami mahu jip pajero, macam encik punya,"
sahut anak-anak buah tok batin. Beramai-ramai.
"kamu mahu jip? untuk apa?" tanya yang berhormat.
Panik dan hairan
"supaya kami senang membawa
barang-barang kami keluar dari hutan.
Kami pun senang untuk keluar mengundi nanti."
Jawab anak-anak buah tok batin beramai-ramai.
adapun yang berhormat itu,
yang kedatangannya adalah
untuk memancing undi
orang-orang asli diperkampungan itu
terkejut dengan permintaan yang tak terduga
"tak boleh, tak boleh,
saya tak dapat luluskan permintaan kamu itu,"
beritahu yang berhormat sambil matanya melilau.
"kenapa pula?" asak tok batin
"kami sudah diberi jalan bertar
takkanlah awak tak boleh beri kami jip"
"saya boleh beri kamu jip tetapi, kamu tak ada lesen,"
jawab yang berhormat.
tok batin dan anak-anak buahnya ketawa terbahak-bahak.
yang berhormat bertambah-tambah hairan.
"kalau awak boleh beri kami jip
yang besarnya sebesar-besar bapak gajah itu
takkanlah awak tak boleh beri
rekomen kami sekeping lesen yang besarnya,
alahai, boleh diselit dalam kotak tembakau kami,"
seru tok batin.
Yang berhormat itu hairan
dan paniknya tak sudah hasilnya:
apabila keputusan pilihanraya diumumkan
Yang berhormat itu kalah
kerana orang-orang asli
yang dipancingnya tak keluar mengundi.

Nukilan: PYAN HABIB

warna - warna


"Intan.. Masuk dalam cepat, nyamuk nanti!"..

Aku memanggil sepupuku masuk kerana tirai mega mula melabuhkan dirinya. ketika aku sedang menggaru-garu kepalaku, tangan menepuk lengan kerana digigit nyamuk, tiba-tiba tanpa aku sedari aku terpandang langit senja dari depan pintu rumahku.

Aku ternampak pelangi.. ya.. pelangi.. mungkin muncul kerana hujan renyai petang tadi. Sudah agak lama aku tidak melihat pelangi. Sehinggakan aku sudah lupa akan warna dan susun aturnya. Aku ingin merakam keindahan ciptaan Tuhan itu tetapi kameraku sudah kehabisan baterinya. Tanpa membuang waktu aku terus duduk di kerusi di halaman rumah, dan mula memandang langit mengecapi dan menyalin warna-warna pelangi yang terpampang di dada langit itu supaya terus lekat dalam akalku. Dapat ku lihat sekawan burung pipit cuba terbang menembusi pelangi.. aku tersenyum melihat kawanan burung itu. Begitu bebas, begitu berani, begitu riang. Ini membuatkan aku berfikir sejenak betapa lama aku menyibukkan diri dengan tidur, menonton peti televisyen, bermain komputer dan pelbagai aktiviti dalaman yang seperti lupa akan kewujudan alam yang sebenar. Alam yang indah entahkan sampai bila akan kekal..

Aku terus duduk.. termenung.. memandang pelangi sehingga warna-warna pelangi itu kian pudar dan lenyap sama sekali. Akhirnya setelah selesai hilang, aku melangkah masuk ke rumah apabila azan maghrib mula berkumandang.. menyeru.. ya..

gambar~Akila, Hana, Intan, hadapan rumah Hadi 2006

Friday, May 19, 2006

rintihan rentak kelana


Aduh.. alangkah bagusnya jiaka aku mempunyai satu tiket ajaib yang infiniti..

Aku memang mencintai dan menggemari aktiviti berkelana, mengembara, merayau, menjelajah, merantau dan segala frasa yang berkaitan. Merantau memang menggembirakan, membebaskan dan menenangkan jiwaku. Hatiku yang gusar, mendung dan berkerak akan secara automatik menjadi lebih merdu, mekar dan harum. Hampir seluruh negeri-negeri dalam Malaysia ini telah aku jejak dan tidur kecuali Sabah dan Sarawak. Selalunya jika aku ada cuti walaupun hanya 5 hari.. perjalananku akan bermula, Tapi sayang.. hobiku ini selalunya tersekat akibat kekurangan wang dan masa. Sahabat-sahabatku juga ada yang berkongsi hobi ini bersamaku. Antara ahli tetap pasukan kelana bebasku adalah Amir dan Fadhil. Kini sudah ada ahli baru iaitu Uzair dan Faidhan.. Fadhil mungkin sudah "terikat" sayapnya sekarang..

Oh..

Perjalanan yang jauh.. muka dan rambut yang dilanda angin kencang.. mata yang berair kerana terlalu lama terbuka melihat pemandangan.. getaran kerusi bas dan keretapi.. bas.. keretapi.. feri.. van usang.. anak-anak gadis yang tertawa.. haiwan.. manusia.. tumbuhan.. berkenalan dengan perantau lain.. tertidur dalam feri.. berbual kosong.. buang air di perhentian.. bau masin air laut.. bau rumput air terjun.. tiket.. hang mai mana??.. singo beng so??.. ate, kome ni dari kelumpo??.. geduk-gedak.. pon..pon..pon..

Oh..

Dalam banyak-banyak jenis kelana, aku paling menggemari menaiki keretapi. Ini adalah kerana bagiku naik keretapi ada jiwa nya yang tersendiri. Perjalanan yang agak panjang.. Geseran roda keretapi yang berbunyi seakan-akan petikan gitar kod 'C' irama punk.. Aku bebas berjalan, merayau.. berbual dengan penumpang lain.. duduk di tengah-tengah pintu.. bergayut di pintu.. nasi lemak panas.. perbualan yang panjang.. inspektor yang ramah.. perhentian yang misteri.. udara malam.. fuh.. jiwa beb.. jiwa..

Tunggulaah wahai dunia.. hadi dan rakan-rakan sekelananya akan menjelajah lagi.. mungkin hingga ke sebelah dunia yang lain.. cuma masa dan wang menjadi faktor.. tunggu ya..

gambar~
1)Hadi & Amir, Perak
2)Faidhan & Hadi, P.Pinang
3)Hadi & Fadhil, P.Pinang

Wednesday, May 17, 2006

Haruman buat Rohani


Agak lama juga aku lupa dan khayal dalam kegelapan. Agak lama aku alpa tentang Allah.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang amat menitikberatkan soal iman, aqidah, ibadah. Aku dididik sejak awal lagi.. aku mula dihantar mengaji bersama-sama sepupu-sepupuku mengaji di rumah Ustaz Ibrahim ketika aku berumur 4 tahun. Ketika itu juga aku mula didik solat. Solat sudah menjadi seperti salah satu hobiku. Aku tamat muqaddam dan mula belajar membaca Al-Quran ketika aku darjah 3. Aku tidak bersekolah Ugama seperti rakan-rakan sekampung yang lain, aku hanya belajar mengaji dan fardhu 'ain di masjid. Aku pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bacaan Al-Quran di sekolah ketika aku darjah 6. Ketika tempoh itu juga, aku adalah antara anak kecil yang gemar dan mencintai masjid. setiap majlis pasti aku ada.

Apabila aku masuk ke alam sekolah menengah.. segala-galanya hanya tinggal kenangan. Aku mula alpa tentang Allah. Aku leka, aku khayal, aku lalai.. bukan aku tidak percayakan kewujudan yang maha Esa, tapi aku menjadi malas.. mungkin kerana kebebasan yang aku kecapi dan mungkin juga kerana aku tidak tinggal bersama keluarga.

Semakin lama semakin lalai, tetap lalai, tidak kira ketika senang mahupun susah. Aku malas hendak menegakkan tiang agama ku. Sehingga pada satu tahap aku menjadi keliru atas apa tujuanku ujud di dunia ini. Apa ikrarku.. Apa fungsiku..

Akhirnya aku mula sedar, betapa gelapnya jiwa dan diriku tanpa cahaya keimanan. Betapa kosongnya diriku tanpa Tuhan..

Pelbagai ujian juga melanda hidupku..
semuanya mampu mengalirkan airmataku
Pemergian orang yang disayang...
Pemergian sahabat-sahabatku..
Hilang harta.. Hilang ego..
dibuang.. gagal.. hanyut..
hampir maut..
dikhianati.. ditipu.. diperguna.. dihina..

Alhamdulillah.. Aku tidak hanyut jauh.. dan aku masih diberikan kesempatan hidup..
Mungkin berkat do'a ibubapa, keluarga dan sahabat-sahabatku.
Aku mula mengerjakan apa yang wajib.
Terutamanya solat. Aku harap segala dosaku dapat diampunNya.
Aku mula insaf.. ikhlas..Aku redha atas segala ujian yang diberi.
Dan keikhlasan adalah kunci utama.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Ramadhan yang lalu benar-benar membuka hatiku..

gambar~masjid jami'ul sharrif, kg simpang 3 gombak (tempat Hadi membesar)

album 1 kenang-kenangan Langkawi 2000

Sedang aku sibuk mengemas bilikku, sambil hidung merembeskan air hingus dengan begitu kencang kerana aku alergik terhadap habuk. Setelah bersin hampir puluhan kali, Aku terjumpa gambar-gambar lama yang mengimbau kenangan ku di Langkawi. Hampir separuh dari album itu telah hilang.. namun mana yang sempat aku selamatkan.. aku simpan dan scan masuk ke dalam komputer.

Gambar-gambar ini ditangkap kerana ingin menghabiskan filem kawanku Faizal kerana dia ingin mencuci gambar itu esok hari. Kebanyakan gambar ini ditangkap pada jam 8.00 malam, ketika aku baru bangun dari rutin tidur petangku. Gambar ini ditangkap di dalam bilik asramaku yang dijadikan pengkalan lepak oleh kawan-kawanku. Kami secara haram telah memecah 2 bilik menjadi satu. Satu bilik menjadi markas lepak, mendengar muzik, beraktiviti, berbual, memasak mee segera, minum dan pelbagai kerja lagi. Dan satu bilik lagi menjadi markas tidur semata-mata.

Jadi di sini aku memuat naik gambar itu agar ia kekal abadi.. Inilah antara rupa Hadi yang dahulu.. ketika baru sebulan mencecah alam 18 tahun.


Dari kiri, ikut arah jam: Helmy(Mat Nyum), Pa'e, Hadi, Hakim(penyu), Fendi(king)


Masih orang yang sama cuma tambahan naser(che')berbaju putih, dan Faizal, berbaju kotak-kotak




Berdiri~ Hatta,Faizal & Boy Bengkok
Duduk- Penyu cuba mencarut ala2 slipknot


Dari kiri~ Sebastian, Penyu, Boy,Wak,(tak ingat nama),King
Menunjukkan lipas yang lunyai akibat diseksa oleh Hatta dan Faizal yang menggeruni lipas


Dari kiri~Wan Serai,Pa'e,Faizal,Mat Nyum
Bergambar di tengah2 pecahan bilik


Che' mengankat Penyu seperti tiada apa-apa


Hafiz Setan cuba menyorok dan Faizal yang terkejut
mereka kantui cuba memasak mi segera pada jam 3 pagi tanpa mengajak Hadi


Hadi yang diganggu ketika sedang lena tidur jam 3.30pagi
(oh.. rambut.. dimana kau menghilang??)


Penyu yang diseksa rapi akibat berlagak kerana menang dalam permainan kad


Seksaan diteruskan dengan "Wall of Jericho"


Faizal & Hatta setelah puas menyeksa Penyu

Aduh.. di mana agaknya mereka semua sekarang? adakah masih hidup? adakah masih bujang? adakah masih jahat? adakah masih bebas? aku memang telah terputus hubungan secara total dengan mereka.. harap dapat dipertemukan kembali...
Banyak lagi gambar sebenarnya.. tetapi ada yang hilang, ada yang koyak, ada yang terlalu keterlaluan sehingga tidak lepas penapisan filem.. hahahahahha..!!




sms




Tarikh: 13 Mei, 2006
Masa: 8.56 malam
Cuaca: agak dingin


Ketika aku sedang termenung di ruang tamu rumahku sambil memerhatikan gelagat anak-anak sepupuku, tiba-tiba aku dikejutkan oleh nada dering sms telefon bimbitku. Satu sms telah aku terima dari salah seorang sahabat lama ku. Selalunya aku akan sekadar membaca sekali sahaja sms yang aku terima, dan jika ia agak bernas.. aku akan kehadapankannya kepada rakan-rakan yang lain.. Tapi mesej kali ini membuat aku membacanya berkali-kali dan aku simpan sms itu sebagai kata-kata nasihat. Jadi inginlah aku berkongsi kata-kata itu..

"Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaika. Tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar. Jangan mengharap teman semulia Fatimah andai diri tak sehebat Ali. Mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad jika ada keburukan pada dirimu, bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan dan carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah dipertemukan..."

sungguh mendalam ya..

gambar - Hadi cuba bereksperimen bersama telefon berkameranya